fbpx
Faizal (tengah) bergambar kenangan bersama para atlet negara pada Program 100 Hari AKM di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur, KLCC hari ini.

Kehadiran 10 atlet negara suntik semangat belia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seramai 10 atlet negara dari pelbagai sukan hadir di pusat pameran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bagi menyuntik dan memberi semangat baharu kepada golongan belia.

Antara atlet yang menjadi tumpuan orang ramai untuk bertemu adalah ratu perenang negara dan juga atlet jaguh paralimpik, Datuk Pandalela Rinong serta Muhammad Ziyad Zolkefli.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kami bawakan para atlet negara yang juga berstatus ‘Olympian’ bagi menarik minat orang ramai untuk datang melihat pameran KBS.

“Ianya supaya kami dapat menerangkan apa yang KBS boleh lakukan khususnya berkaitan perancangan model pembangunan belia termasuk program-program yang akan dilakukan pada tahun hadapan.

“KBS bukan sahaja memberi fokus pada bidang sukan malah menumpukan usaha kepada pembangunan belia,” katanya kepada Kosmo!.

Faizal berkata, dia berharap agar orang ramai dapat hadir ke pameran KBS di sini untuk berkongsi pandangan dan input bagi memantapkan lagi prestasi sukan dan juga hak belia di negara ini.

Antara atlet yang turut hadir semasa sesi tersebut adalah Emma Firyana, Nur Dhabitah , Muhd. Rafiq Ismail, Siti Safiyah, Syaqiera Mashayikh, S. Suresh, Zalina Ahmad dan Mun Yee.

Dalam pada itu, kesemua atlet turut meluangkan masa bersama pengunjung melalui aktiviti kuiz ringkas dan juga sesi suai kenal di samping melayan pengunjung untuk bergambar bersama.

Sementara itu, Faizal berkata, pendekatan AKM juga merupakan peluang kerajaan mendekati masyarakat dengan tujuan kesejahteraan dan membina komuniti belia yang progresif untuk masa hadapan. -K! ONLINE

POPULAR