fbpx

Kaunter pembayaran saman KLCC ditutup petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kaunter pembayaran saman di KLCC sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) ditutup mulai petang ini.

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur mengumumkan penutupan kaunter pembayaran saman di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula petang ini.

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, langkah itu dibuat bagi memastikan tiada kesesakan berlaku dalam kalangan pengunjung yang berhasrat membayar saman sempena diskaun 80 peratus.

“Kaunter pembayaran saman di KLCC sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) itu ditutup mulai petang ini bagi mengelak kesesakan orang ramai.

“Ini kerana tiada penjarakan fizikal dan keadaan yang sukar dikawal akan memberikan risiko berlaku penularan jangkitan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, orang ramai dinasihatkan untuk membayar saman di mana-mana kaunter trafik seluruh negara atau menerusi online sahaja.

“PDRM menyeru orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa berurusan di kaunter bayaran fizikal dan mengalakkan pembayaran kompaun secara dalam talian,” tegasnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan kaunter saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di KLCC diserbu orang ramai bermula 9 pagi tadi bagi menikmati diskaun yang diberikan sempena AKM. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI