fbpx

MR. TOY buka cawangan ke-50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cawangan MR.TOY ke-50 bakal menganjurkan majlis pelancaran menarik kepada para pengunjungnya.

PETALING JAYA – Jenama di bawah MR D.I.Y. Group, MR. TOY mengumumkan pembukaan cawangannya yang ke-50 di IOI City Mall, Putrajaya.

Sempena majlis pelancaran yang akan berlangsung selama dua hari bermula 10 Disember ini, kesemua 50 cawangan ­MR. TOY di seluruh negara bakal ­mengadakan aktiviti promosi menarik sepanjang bulan ini ­dengan tawaran diskaun sehingga 30 peratus bagi produk terpilih.

MR.TOY mula diperkenalkan pada tahun 2019 sebagai rangkaian kedai mainan tempatan pertama negara.

Jenama tersebut kini menjual alat permainan berkua­liti merentas sembilan kategori termasuk kereta dan kawalan jauh, aktiviti dan kraftangan, sukan dan permainan luar, aksi dan pengembaraan serta pembelajaran.

Naib Presiden Pemasaran MR D.I.Y. Group, Andy Chin berkata, jenama MR. TOY berhasrat membawakan kegembiraan kepada anak kecil dan ibu bapa dengan menjual alat permainan berkua­liti pada harga mampu milik.

“Moto jenama ini, Always Low Prices, Always Fun mencerminkan hasrat kami untuk membantu ibu bapa memperoleh lebih nilai bagi setiap ringgit mereka.

“Dalam tempoh lebih dua tahun selepas pelancaran cawa­ngan MR. TOY pertama di Ra­wang, kami kini bakal melancarkan cawangan ke-50.

“Kami mahu menyediakan rakyat Malaysia akses yang lebih mudah kepada permainan yang menyeronokkan serta selamat, selain tidak ‘menjejaskan’ poket ibu bapa,” katanya dalam satu kenyataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI