fbpx

Ujian calitan hidung itu hanya demonstrasi – KPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Gambar tular yang menunjukkan guru menjalankan amali ujian calitan hidung di sebuah sekolah di Pahang baru-baru ini hanyalah demonstrasi semata-mata.

Kementerian Pendidikan (KPM) menjelaskan, pihaknya telah membuat siasatan ke atas gambar tular tersebut dan mendapati ia melibatkan ujian saringan Covid-19 yang dilaksanakan di sekolah berkenaan.

“Secara keseluruhan, seramai 16 murid telah dipilih secara rawak untuk menjalani ujian saringan Covid-19 menggunakan kit ujian air liur.

“Bagaimanapun, demonstrasi calitan hidung turut dilaksanakan melibatkan empat orang guru dan empat orang murid yang dibimbing oleh dua Jururawat Masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KPM menegaskan, pelaksanaan saringan ujian Covid-19 di semua sekolah bawah kementerian perlu menggunakan kit ujian air liur sahaja.

“Penggunaan kit ujian secara calitan hidung adalah tidak dibenarkan dan tidak selaras dengan arahan KPM melalui surat bertarikh 28 November 2021,” katanya.

Pada masa sama, katanya, pengurusan ujian kendiri Covid-19 bagi murid sekolah KPM dilaksana mengikut ketetapan dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0.

Jelasnya, selaras dengan Strategi Pengujian Covid-19 Kebangsaan, KPM pada 28 November 2021 telah mengeluarkan surat pemakluman berkenaan pelaksanaan ujian saringan Covid-19 bagi murid sekolah rendah yang dibuat secara penggiliran bagi sekurang-kurangnya 10 peratus murid.

“Berdasarkan surat siaran tersebut, pelaksanaan ujian kendiri ini hanya melibatkan penggunaan kit ujian air liur yang dibekalkan oleh KPM. Pelaksanaan ujian kendiri ini dibuat oleh murid dengan pemantauan guru,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI