fbpx
Adibah Noor

Lima kali dikecewakan, Adibah Noor serik bercinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Penyanyi Adibah Noor mengakui kehidupannya cukup sempurna tanpa kehadiran lelaki bernama suami sekali gus membulatkan tekadnya untuk hidup membujang.

Menurut Adibah, sebelum ini dia pernah lima kali melalui episod putus cinta dan pengalaman pahit tersebut membuatkan dia serik untuk mengimpikan kehidupan berumah tangga.

Lebih malang, kelima-lima bekas kekasihnya langsung tidak mempunyai niat untuk menghalalkannya sebagai isteri.

“Jujur saya pernah putus cinta sebanyak lima kali. Pengalaman pahit itu buatkan saya dah tak sanggup alami masalah yang sama lagi.

“Semua lelaki itu tak nak kahwin dengan saya. Jadi saya serik,” ujarnya.

Tambah penyanyi lagu Kau Terlalu Istimewa itu lagi, faktor usia yang semakin meningkat juga menjadi penyebab dia rela hidup bersendirian.

“Lebih baik jaga diri sendiri, keluarga dan fokus terhadap kerjaya seni. Keluarga pun tak pernah desak.

“Sejak solo, saya membela kucing hampir 20 ekor. Hidup saya cukup sempurna tanpa kehadiran seorang lelaki bernama suami,” ujarnya.

Biarpun membujang, namun penyanyi berusia 51 tahun itu bersyukur kerana dikelilingi ramai rakan baik yang sentiasa bersamanya ketika susah dan senang.-K! ONLINE

POPULAR