fbpx

Pengembara VTL, Gelembung Langkawi disaring setiap hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Berkuat kuasa esok, pengembara yang tiba di Malaysia bagi kategori Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) udara dan darat serta Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LITB) perlu menjalani ujian saringan setiap hari selepas ketibaan.

Ia turut melibatkan pengembara bagi kategori one stop centre (OSC) untuk pelawat perniagaan jangka pendek dan tindakan pengukuhan kepada langkah pencegahan dan kawalan sedia ada ini bagi mencegah penularan varian baharu yang membimbangkan iaitu Omicron.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, selain mesti lengkap divaksinasi, pengembara bagi kategori tersebut perlu melakukan ujian PCR Covid-19 dalam masa dua hari sebelum berlepas ke Malaysia.

“Ini menggantikan prosedur terdahulu yang menetapkan 72 jam sebelum berlepas. Seterusnya, ujian pengesanan Covid-19 semasa ketibaan di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semua keputusan ujian perlu dilaporkan melalui aplikasi MySejahtera manakala untuk pangembara dari negara yang dikenakan sekatan perjalanan sementara, mereka perlu menjalani ujian PCR Covid-19 dalam masa dua hari sebelum berlepas ke Malaysia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI