fbpx

Padah potong barisan, polis kesan sampai rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua buah kereta masing-masing yang memotong barisan dikesan polis sehingga ke rumah mereka di sekitar Kuala Selangor.

KUALA SELANGOR – Tindakan dua pemandu memotong barisan di Kilometer 31.8 Jalan Klang – Teluk Intan membawa padah apabila dikenakan saman, semalam.

Kedua-dua pemandu berusia 31 tahun diberikan saman apabila polis mengunjungi rumah mereka di sekitar Taman Assam Jawa dan Taman Yu kira-kira pukul 7 petang.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya terlebih dahulu mengesan beberapa kiriman foto di laman sosial Facebook memaparkan beberapa buah kenderaan bertindak memotong barisan di kawasan lampu isyarat Simpang Empat Jeram.

Katanya, kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 6.30 petang dan hasil penelitian kemudiannya berjaya mengesan nombor pendaftaran dua buah kereta iaitu jenis Perodua Myvi dan Bezza yang terlibat dalam kejadian itu.

“Berpandukan maklumat tersebut, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Selangor kemudiannya telah pergi kediaman mereka.

“Hasil soal-siasat, kedua-dua pemandu telah mengaku memotong barisan semasa kejadian tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Beliau menegaskan tindakan saman di bawah Rule 6(1)A LN166/59 (Memotong Secara Bahaya/Potong Barisan) telah diisu kepada kedua-dua pemandu itu.

Justeru, Ramli menasihati mereka supaya memandu dengan bertanggungjawab dan bertimbang rasa kepada pengguna jalan yang lain. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI