fbpx

Polis kesan pemandu kereta guna laluan motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan sebuah kereta Proton Persona memasuki laluan motosikal di Lebuh Raya Persekutuan arah Shah Alam.

PETALING JAYA – Polis sedang mengesan pemandu kereta yang tular semalam selepas memandu di laluan motosikal di kilometer (km) 29.5 Lebuhraya Persekutuan arah ke Shah Alam, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, satu laporan berkaitan kejadian itu sudah pun dibuat dan perkara itu kini dalam siasatan pihak polis.

“Kita minta pemilik kenderaan atau pemandu kereta jenis Proton Persona dengan nombor pendaftaran TAW 9338 atau saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan polis.

“Mereka boleh pergi ke mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat trafik, Inspektor Rozilah Hussin di talian 016-2679025 untuk membantu siasatan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mengingatkan semua pengguna jalan raya untuk mematuhi arahan papan tanda dan sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelak berlaku kemalangan.

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video berdurasi 23 saat memaparkan sebuah kereta berwarna kelabu dipandu di laluan motosikal hingga menyusahkan penunggang motosikal yang menggunakan laluan berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI