fbpx

Polis kesan empat lelaki bantu kes bunuh ah long

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMPAT individu yang dikesan polis bagi membantu siasatan.

SHAH ALAM – Polis sedang mengesan empat lelaki bagi membantu siasatan kes seorang pemberi pinjaman wang atau ah long yang maut ditetak di hadapan sebuah restoran di Bandar Bukit Tinggi, Klang, Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, polis sudah mengenal pasti identiti semua individu berkenaan.

“Mereka yang dikehendaki iaitu Low Chee Boon, 40; Lim Chee Hau, 39; Tan Kok Pin, 34 dan Yap Chin Hock, 58.

“Tiga daripada mereka beralamat terakhir di sekitar Jenjarom, Kuala Langat manakala seorang lagi di Pelabuhan Klang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian pukul 12.20 tengah hari Sabtu lalu, mangsa berusia 47 tahun mati ditetak dengan parang oleh dua penjenayah selepas menikmati makanan bersama dua anaknya di sebuah kopitiam.

Jelas Nik Ezanee, polis setakat ini sudah menahan enam suspek yang dipercayai terlibat dalam kes berkenaan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI