fbpx

Warga asing disyaki ah long ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek warga asing dan barangan yang dirampas di Bayan Baru, kelmarin.

GEORGE TOWN – Seorang lelaki operator kilang warga asing ditahan di sebuah rumah di Bayan Baru di sini, kelmarin selepas disyaki menjalankan perniagaan memberi pinjaman wang tanpa lesen atau ah long.

Menurut Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, suspek berusia 27 itu dipercayai menjalankan aktiviti berkenaan sejak tahun lalu.

”Suspek bekerja sebagai operator kilang dengan menggunakan pas lawatan sejak 2014.

“Suspek disyaki telah menjalankan kegiatan memberi pinjaman wang tanpa lesen sejak setahun yang lalu dengan menyasarkan pekerja-pekerja kilang di sekitar Bayan Lepas,” katanya di sini hari ini.

Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Dalam perkembangan lain, polis daerah Barat Daya juga telah membuat tangkapan ke atas seorang lelaki berusia 51 tahun yang berada dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan di Lebuh Sungai Ara 1, Bayan Lepas, kelmarin.

”Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis MOP.

”Suspek juga mempunyai enam rekod jenayah lampau narkotik dan tiga kes jenayah. Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI