fbpx

Kucing tenggelam dalam lumpur panas Semeru masih bernyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kucing berwarna putih itu ditemui tenggelam di sebalik lumpur panas, namun dalam keadaan masih bernyawa. – TikTok

JAKARTA – Seekor kucing ditemui dalam keadaan masih bernyawa meskipun tenggelam di dalam  lumpur panas semasa letusan Gunung Semeru, lapor laman berita Berita Hits hari ini.

Berdasarkan sebuah klip video yang dikongsikan di TikTok, seorang lelaki menemui kucing berwarna putih itu hampir tenggelam di dalam  lumpur di rumah pemiliknya.

Dia kemudiannya mendekati kucing tersebut sebelum haiwan itu bangun dan bersembunyi di sebalik kayu-kayu hanyut.

“Kuasa Allah, seekor kucing masih hidup di ‘lautan’ lumpur Semeru yang masih panas,” tulis lelaki berkenaan dalam video tersebut.

Video itu menjadi tular dengan ramai netizen melahirkan rasa kagum dan kasihan melihatkan keadaan kucing tersebut.

“Tolong selamatkan kucing itu, pasti ia haus dan lapar,” kata seorang netizen.

“Tolong bawa kucing itu jauh dari kawasan lumpur panas,” kata seorang lagi.

Pada penghujung rakaman, lelaki berkenaan meminta rakannya membawa kucing itu ke lokasi yang lebih selamat. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN