fbpx

Gunung Semeru meletus lagi, penduduk mula berpindah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gunung Semeru dirakam menghamburkan awan abu vulkanik ke langit di Jawa Timur, hari ini. - BNPB

JAKARTA – Gunung berapi Semeru meletus hari ini dengan menghamburkan awan abu vulkanik setinggi lebih 1,000 meter ke langit serta memuntahkan lahar ke bahagian bawah, sekali gus mendorong pihak berkuasa menaikkan amaran ke tahap tertinggi.

Letusan gunung tertinggi di Pulau Jawa itu yang terletak kira-kira 800 kilometer (km) di tenggara ibu kota Indonesia, Jakarta telah memaksa penduduk kampung-kampung berpindah, setahun selepas insiden letusan tahun lalu yang meragut berpuluh-puluh nyawa.

“Tahap ancaman yang meningkat bermaksud tahap bahaya telah mengancam tempat tinggal penduduk serta aktiviti letusan gunung berapi turut meningkat,” kata jurucakap Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), Hendra Gunawan kepada saluran berita Kompas TV.

Tiada kematian atau kecederaan dilaporkan sejurus selepas letusan berlaku namun, Gunawan memberi amaran kepada penduduk berdekatan agar tidak pergi ke jarak 8 km dari kawah selepas tahap ancaman dinaikkan kepada empat.

“Peralatan-peralatan perlindungan telah disediakan untuk penduduk terdekat yang sedang berpindah,” kata Gunawan.

Video yang disiarkan oleh stesen televisyen tempatan menunjukkan kebanyakan wanita dan kanak-kanak berlindung di sebuah sekolah.

“Kebanyakan penduduk telah mula turun ke bawah (kawasan lebih rendah),” kata ketua pentadbiran tempatan bagi Lumajang, Thoriqul Haq.

Gunung Semeru meletus tahun lalu yang membunuh sekurang-kurangnya 51 orang dan memusnahkan lebih 5,000 kediaman. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI