fbpx

Dasar tasik didakwa ‘sarang’ makhluk asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bunyi ikonik senjata penembak Star Wars hanya dirakam dari sebuah tasik beku - CBS/Youtube

STEAMBOAT SPRINGS, COLORADO – Rakaman bunyi dipercayai berasal daripada objek terbang tidak dikenali (UFO) di sebuah tasik di Colorado, Amerika Syarikat mencetuskan spekulasi kerana dianggap sebagai ‘komunikasi radio makhluk asing’, lapor akhbar Daily Star semalam.

Bunyi aneh itu dirakam oleh seorang pekerja Taman dan Perkhidmatan Hidupan Liar Colorado pada 4 Disember lalu dan dikongsikan di laman Twitter.

Kumpulan pemerhati makhluk asing, UFO Sightings Daily yang mendapat perkongsian tersebut menggambarkan bunyi itu sebagai ‘bunyi Star Wars yang aneh’.

Setelah menganalisis audio tersebut, Scott C. Waring yang merupakan seorang penyiasat fenomena ganjil berkata, UFO berbentuk sfera dan berwarna putih telah dirakam dan disaksikan oleh beribu-ribu penduduk Colorado sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

‘’Isyarat ini menunjukkan terdapat kapal makhluk asing jauh di dalam tasik tersebut, bunyi itu menjadi kuat kerana ais beku di bawah bertindak sebagai pemantul bunyi.

‘’Kapal makhluk asing tidak pernah kecil. Kebanyakan kapal mereka mempunyai kedalaman tiga hingga enam kilometer dengan keluasan kira-kira lima kilometer, malah mempunyai sistem cuacanya  sendiri,’’ jelasnya.

Tambah Waring, bukti audio itu seratus peratus menunjukkan kapal makhluk asing ada di tasik Colorado. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI