fbpx

Yeji tak hadiri AAA2021, cedera tulang belakang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YEJI ITZY

ANGGOTA kumpulan ITZY, Yeji yang dilaporkan mengalami kecederaan pada tulang belakang disahkan tidak dapat menghadiri Anugerah Artis Asia (AAA) 2021 minggu lalu.

Perkara tersebut diumumkan sendiri agensinya, JYP Entertaiment menerusi satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman sosial rasmi mereka.

“Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa Yeji tidak dapat menghadiri AAA2021 yang berlangsung pada 2 Disember kerana kecederaan pada tulang belakang dialaminya semasa pra-persembahan baru-baru ini.

“Kami tahu ramai peminat kecewa dan merinduinya. Doktor menasihatkannya supaya dia mengurangkan pergerakan dan banyak berehat. Justeru, kami meminta peminat untuk memahami keputusan ini agar kesihatannya segera pulih,” kata kenyataan tersebut.

Terdahulu, Yeji sewaktu berusia lapan tahun pernah dijangkiti penyakit berbahaya sehingga didiagnosis menghidap tiga jenis penyakit iaitu jangkitan pneumonia, osteomyelitis (jangkitan kuman pada tulang) dan ‘septic shock’ atau jangkitan kuman dalam darah.

Bagaimanapun, Yeji akhirnya sembuh daripada penyakit tersebut dan kini hidup dalam keadaan sihat.

Untuk rekod, Yeji menyertai uji bakat anjuran JYP Entertainment pada tahun 2015 sebelum memulakan debut setahun kemudian bersama ITZY.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI