fbpx

Intan Najuwa serasi dengan lelaki berjambang?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NETIZEN gemar melihat keserasian antara Intan dengan Idris Khan.

PENONTON memang suka ‘menjodoh-jodohkan’ orang, asalkan nampak sedap di mata masing-masing.

Terkini, pelakon Intan Najuwa pula cuba ‘dipadankan’ netizen apabila dikatakan sangat serasi dan sesuai jika berpasangan dengan pelakon tampan, Idris Khan.

Semuanya berpunca apabila Intan berkongsi sedikit tayangan di sebalik tabir pembikinan sebuah drama lakonannya bersama Idris dalam Instagram miliknya.

Apa lagi, berduyun-duyunlah netizen memuji-muji kononnya Intan dilihat sangat serasi dan sesuai dengan aktor kacak itu.

Cuma Diva sebenarnya tak berapa pasti, serasi dan sesuai yang dimaksudkan netizen itu sebagai pasangan lakonan atau kekasih?

Belum cukup itu sahaja. Ada juga seorang pengikutnya dalam Instagram kata, Intan dilihat sangat serasi kalau bersama dengan lelaki berjambang.

Betul juga kata netizen itu. Beberapa orang lelaki yang pernah dikaitkan dengan Intan sebelum ini juga berjambang. Agaknya cita rasa pelakon genit itu memang suka dengan lelaki yang ada tumbuh bulu pada wajah. Mungkin.

DIVA: Tak jadi nak makan angin dekat Cameron Highlands apabila berlaku kejadian tanah runtuh baru-baru ini. Salam takziah untuk mangsa terkorban.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI