fbpx

Guru ditemui maut dalam kenderaan akibat serangan jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan pacuan empat roda yang dipandu mangsa di Kampung Daling dekat Padang Tengku di Lipis.

LIPIS – Seorang guru ditemukan maut selepas mengalami serangan jantung di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di kawasan semak Kampung Daling dekat Padang Tengku di sini Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Azli Mohd Noor berkata, mayat mangsa Tengku Suhaimi Tengku Yusoff,54, ditemukan tersandar di tempat duduk pemandu kenderaan jenis Ford Ranger di kawasan semak berkenaan.

“Semasa dijumpai mangsa terbaring dalam kenderaan dan pemeriksaan awal pada badan mangsa tiada kesan kecederaan atau kesan darah serta tidak ada sebarang senjata dijumpai dalam kereta atau di kawasan berhampiran.

“Berdasarkan laporan bedah siasat semalam mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung,”katanya di sini, hari ini.

Menurut Azli, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kes berkenaan.

Katanya berdasarkan siasatan awal mangsa keluar dari rumahnya di Kuala Lumpur pada 30 November menghala ke Gua Musang atas urusan kerja.

Ujarnya, mayat mangsa yang dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat telah dituntut oleh isterinya untuk dikebumikan. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI