fbpx

Conte yakin Kane mampu ledak gol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE (tengah) dijangka mampu menggegar gawang Norwich menjelang aksi EPL di Stadium Tottenham Hotspur malam ini. – AFP

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte tidak pernah bimbang dengan prestasi semasa Harry Kane dan akan terus memberi sokongan penuh kepada penyerang prolifiknya itu menjelang aksi bertemu Norwich City malam ini.

Penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu itu mengharungi kempen mengecewakan apabila masih gagal meraih sebarang jaringan dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini.

Ia menyaksikan Kane yang juga kapten England itu dikritik hebat dalam kalangan peminat sendiri apatah lagi selepas hajatnya untuk berhijrah me­nyertai Manchester City musim ini tidak kesampaian.

Situasi itu cukup berbeza dengan prestasi terdahulu Kane yang memiliki purata 27 gol dalam satu musim saingan EPL sejak enam tahun lalu sehingga membo­lehkannya memenangi tiga Kasut Emas.

“Saya yakin walaupun dia tidak menjaringkan gol, Harry (Kane) tetap gembira jika kami menang.

“Seperti saya katakan, Harry bermain dengan baik dan dia sentiasa terbabit dalam jaringan yang kami hasilkan selain turut memiliki peluang untuk meledak gol.

“Paling penting apabila memperoleh peluang adalah cuba menjaringkan gol dan kami sudahpun meningkatkan aspek ini. Saya pasti Harry akan menjaringkan lebih banyak gol.

“Saya cukup gembira de­ngan cara dia bermain. Saya tahu setiap penyerang mahu dapatkan gol tetapi kami juga mahu berikan peluang sebanyak mungkin kepadanya,” kata Conte. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI