fbpx

‘Hati-hati pakai tudung Fazura, tengok kiri kanan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Video yang dimuat naik dalam aplikasi TikTok hampir mencecah satu juta tontonan.

PETALING JAYA – Sebuah video pendek TikTok menyaksikan selebriti kesayangan ramai, Nur Fazura melakukan ‘terjahan’ secara rawak terhadap seorang peminatnya menjadi tular dalam aplikasi berkenaan.

Nur Fazura atau nama lengkapnya, Nur Fazura Sharifuddin, 38, mengejutkan seorang peminat dengan mengajaknya merakamkan foto selfie bersama.

“Faz selalu kalau nampak orang pakai tudung Faz, selalunya akan buat terjahan tapi tak tahulah dia kenal Fazura ke tidak.

“Assalamualaikum, ambil gambar sama-sama boleh? Terima kasih pakai tudung saya,” ucap ibu kepada Nur Fatima Aisya itu dalam satu video yang dimuat naik akaun TikTok peminat, @fazurafave.

Dalam pada itu, individu di sebalik akaun tersebut menulis: “Hati-hati bila pakai tudung Fazura! Kena tengok kiri dan kanan. Manalah tahu tiba-tiba.. Faz sendiri yang ajak selfie kan.”

Selalunya, peminat yang teruja untuk merakamkan gambar bersama selebriti kesayangan mereka dan dalam situasi ini, perkara seperti terbalik dan membuatkan ramai yang terus jatuh hati dengan keperibadian pelakon itu.

Tidak terhenti hanya di TikTok, video berkenaan turut dibawa ke Twitter selepas ditonton hampir sejuta kali dalam aplikasi tersebut.

Thank you pakai tudung saya (ucapan Nur Fazura dalam video). The level of appreciation,” ciap seorang pengguna Twitter.

Seorang pengguna Twitter berjantina lelaki memuat naik satu ciapan menggeletek hati berbunyi: “Esok aku beli dan pakai, kemudian jalan-jalan di sana dengan harapan dapat selfie dengan Fazura.”

Dijual dengan harga serendah RM27 sehelai, Kosmo! Online sebelum ini pernah melaporkan tudung keluaran isteri kepada pelakon Fattah Amin itu berjaya terjual 80,000 helai dalam tempoh dua jam.

Bukan itu sahaja, difahamkan dalam tempoh berkenaan, jualan jenama yang semakin mendapat tempat dalam hati pengguna itu mencecah RM2.16 juta. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI