fbpx

Daiyan Trisha positif Covid-19, jangkit daripada orang produksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAIYAN TRISHA

PETALING JAYA – Mendedahkan dirinya kontak rapat seseorang dalam satu produksi, pelakon dan penyanyi jelita, Daiyan Trisha dijangkiti virus maut, Covid-19.

Daiyan atau nama lengkapnya, Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin memaklumkan, pada mulanya ujian calitan yang dilakukannya berstatus negatif namun malangnya, dia disahkan positif virus tersebut sehari selepas itu.

“Saya kontak rapat seseorang di set penggambaran yang turut positif juga. Hari Khamis, apabila saya dapat tahu dia (orang produksi) positif, saya masih berstatus negatif.

“Tapi saya rasa tak sedap badan dan ada beberapa acara yang perlu dihadiri semalam (Jumaat), jadi saya buat sekali lagi ujian calitan dan keputusan malangnya, positif,” kata Daiyan menerusi satu hantaran status Instagram.

Daiyan, 28, memberitahu, dia sedang menjalani kuarantin di rumah untuk tempoh 10 hari.

Katanya, dia bagaimanapun tidak mengalami simptom yang teruk.

“Simptom yang saya alami adalah ringan. Migrain, sakit tekak dan pening kepala. Keadaan saya baik, alhamdulillah.

“Saya mohon maaf kepada sesiapa yang telah menjadi kontak rapat dan tolong buat ujian calitan dengan segera.

“Doakan saya cepat sembuh dan dapat bekerja semula sebab saya suka bekerja. Saya bersyukur atas ujian ini dan yakin semua yang berlaku ada hikmahnya,” katanya.

Difahamkan, Daiyan dan pelakon Ben Amir terlibat untuk satu penggambaran drama 20 episod berjudul Bicara Budi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI