fbpx

1.6 peratus kes Covid-19 kategori 3,4,5

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan ICU yang sesak dan penuh dengan pesakit Covid-19- Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 76 kes atau 1.6 peratus daripada 4,896 kes Covid-19 yang dilaporkan hari ini melibatkan kategori tiga, empat dan lima.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes kategori satu dan dua pula merekodkan sebanyak 4,817 kes atau 98.4 peratus.

“Selain itu, terdapat 18 kes import dilaporkan manakala, secara keseluruhan sebanyak 2,654,474 kes kumulatif Covid-19 dicatatkan di seluruh negara.

“Kes sembuh pula merekodkan sebanyak 4,676 kes dengan jumlah kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,561,230 kes,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI