fbpx

Polis kesan pemandu treler sebabkan 14 tiang elektrik tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beginilah keadaan sebahagian tiang elektik yang tumbang serta dawai putus dipercayai tersangkut ketika sebuah treler melalui Jalan Ahmad Boestaman di Slim River. - FOTO: IHSAN PDRM

TANJUNG MALIM – Polis sedang mengesan seorang pemandu treler dipercayai telah menyebabkan 14 batang tiang elektrik tumbang berserta dawainya putus di Jalan Ahmad Boestaman, Slim River di sini.

Ketua Polis Daerah Mualim, Superitendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kejadian pada pukul 6.30 pagi semalam itu sempat dirakam oleh seorang saksi di lokasi kejadian.

Menurut beliau, kejadian turut disedari selepas anggota Balai Polis Slim River membuat pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di jalan berkenaan pada pukul 8.30 pagi.

“Anggota berkenaan ternampak beberapa tiang elektrik telah terbalik dan pemeriksaan mendapati sebanyak 14 tiang rosak.

“Tiang berkenaan dipercayai tersangkut pada sebuah treler yang melalui Jalan Ahmad Boestaman hadapan Maybank Slim River yang mahu berpatah balik ke Jalan Persekutuan untuk menghala ke Ipoh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, polis juga tidak menolak kemungkinan pemandu treler bersama dua kelindan itu tidak sedar kontena treler berkenaan telah tersangkut pada dawai elektrik hingga menyebabkan beberapa tiang tumbang dan dawai terputus.

“Usaha untuk mengesan pemandu treler tersebut sedang giat dijalankan untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI