fbpx

Pakar ‘pening’ angsa bertelur hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Telur kuning angsa yang berwarna hitam

ZHEJIANG, CHINA – Beberapa keping gambar dan video menunjukkan telur angsa yang sepatutnya berwarna kuning bertukar menjadi hitam sehingga mencetus kekeliruan dalam kalangan penduduk di China.

Menurut laporan portal berita Oddity Central, gambar telur berwarna hitam itu dikongsikan oleh pengguna media sosial di negara berkenaan.

Seorang lelaki mendakwa angsa tersebut adalah milik rakannya dan mengeluarkan telur yang lain daripada kebiasaan.

Menerusi gambar dan video itu, selain bertukar warna, telur tersebut juga mempunyai bau dan tekstur yang hampir sama dengan telur angsa lain.

Tambah laporan itu lagi, yang membezakan telur itu hanyalah bahagian kuning yang bertukar kelabu pekat.

Sementara itu, seorang pakar penternakan di China berpendapat keadaan itu berlaku mungkin disebabkan pencemaran.

“Secara saintifik, fenomena sebegini tidak sepatutnya berlaku,” tambahnya.

Setakat ini orang ramai masih tertanya-tanya mengenai perubahan warna tersebut yang masih menjadi misteri sehingga kini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI