fbpx

Penularan jangkitan berpunca daripada seorang guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi meninjau keadaan di Sekolah Seri Puteri, di sini tadi.

CYBERJAYA – Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin mengesahkan penularan Covid-19 di Sekolah Seri Puteri, di sini berpunca daripada seorang guru di sekolah berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan Radzi menerusi rakaman video di Facebook rasminya, sebentar tadi.

Radzi berkata, selepas ujian saringan kontak rapat dilakukan terhadap guru berkenaan, seorang lagi guru dan enam murid turut didapati positif Covid-19.

Beliau berkata, saringan ke atas 121 kontak rapat enam murid berkenaan mendapati tiada kes positif dikesan malah, mereka telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Bagaimanapun, pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sepang telah menjalankan ujian saringan kontak rapat kepada 200 orang murid lain.

“Hasil ujian saringan petang tadi mendapati, 65 daripada 200 murid itu disahkan positif Covid-19.

“Kesemua mereka sudah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang untuk pemantauan,” katanya.

Katanya, pihaknya dimaklumkan, PKD Sepang akan melaksanakan ujian saringan kepada baki murid lain pagi esok.

Radzi berkata, KPM dan PKD Sepang serta pihak sekolah akan bekerjasama rapat bagi memastikan murid-murid berada dalam keadaan selamat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI