fbpx

[KEMASKINI] tanah runtuh: Mayat pemandu lori dibawa keluar, bomba ambil masa 10 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan polis membawa keluar mayat kedua mangsa kejadian tanah runtuh di KM 27.10 Jalan Simpang Pulai - Blue Valley hari ini. -ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Mayat pemandu lori yang terperangkap di bawah timbunan runtuhan tanah di Laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di sini dikeluarkan pasukan penyelamat pada pukul 10.50 malam ini.

Operasi mengeluarkan mayat mangsa Muhammad Hafiz Hamdi, 31, mengambil masa hampir 10 jam.

Muhammad Hafiz merupakan mayat terakhir yang dikeluarkan selepas pemandu Toyota Alphard, Tan Chee Heng, 36, dijumpai pada pukul 9.30 malam tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dibedah siasat.

Katanya, setakat ini hanya dua kenderaan dikenal pasti terlibat dalam nahas itu dengan dua mangsa telah pun ditemui.

“Hasil perbincangan bersama pihak bomba, Jabatan Kerja Raya (JKR), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan pegawai daerah, operasi pencarian masih diteruskan.

“Khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) bomba digunakan kerana dikhuatiri terdapat mangsa lain yang tertimbus dalam runtuhan berkenaan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Tambah beliau, tiada pergerakan tanah dikesan di lokasi kejadian setakat ini. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI