fbpx

Pantun untuk JDT dari MB Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor sekali lagi mencuri tumpuan orang ramai apabila video pantunnya tentang kekalahan Johor Darul Takzim (JDT) dalam final Piala Malaysia tular di media sosial.

Berdasarkan sebuah klip video berdurasi 16 saat yang telah disunting dan dikongsikan oleh @leebard2701 di TikTok, Muhammad Sanusi secara seloroh berpantun mengenai piala Malaysia semalam.

“Dari Kedah ke Singapura, singgah di Kl membeli gula, saya membawa berita gembira, JDT kalah lawan bola,” jelas pantun dari Muhammad sanusi.

Susulan perkongsian itu, pantun tersebut mendapat reaksi yang terhibur dari pengguna media sosial.

“Hahaha itu la kacau lagi orang Kedah, depa ni memang suka melawak kasaq,” ujar @kroolnizam.

“Inilah masanya Selangor kena sekufu dengan Kedah. Come on, ambik peluang ni Selangor!,” kata @broamer.

“Aduh pecah betul MB Kedah ni,” jelas @nezamchambers

Sehingga kini, perkongsian tersebut meraih lebih empat ribu tontonan dan 35.6k tanda suka di laman aplikasi TikTok @leebard2701 – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI