fbpx

Pandemik Covid-19 tidak jejas misi Malbatt 850-8

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AFFENDI

PORT DICKSON- Risiko jangkitan pandemik Covid-19 yang melanda dunia tidak menjejaskan kesiapsiagaan anggota kontinjen Batalion Malaysia (Malbatt) 850-8 ke Lubnan.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, kontinjen Malbatt telah menggunakan kaedah tertentu bagi mengurangkan risiko mereka daripada dijangkiti wabak tersebut.

“Sememangnya pergaulan bersama rakan sejawat dan masyarakat tempatan telah membuka ruang untuk mereka dijangkiti virus yang membawa maut ini.

“Alhamdullilah berkat disiplin tinggi serta pematuhan yang ketat terhadap prosedur operasi standard (SOP) serta pembudayaan amalan norma baharu kontinjen ini telah mengharunginya tanpa sedikitpun menjejaskan kesiapsiagaan keseluruhan kontinjen ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perbarisan Pembubaran dan Pemakaian Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (Pingat PNBB) kepada Malbatt 850-8 di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI