fbpx

Nafas baharu buat peniaga, penjaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arked di Padang Besar, Perlis kembali menjadi tumpuan ramai untuk membeli-belah barangan keperluan.

KANGAR – Pembukaan semula sektor ekonomi selain kelonggaran rentas negeri merancakkan semula perniagaan sekali gus memberi nafas baharu kepada para peniaga dan penjaja kecil dalam menjana semula pendapatan.

Rata-rata peniaga mengakui perniagaan mereka semakin maju khususnya dengan kehadiran semula pelancong ke negeri ini.

Seorang peniaga makanan dan pakaian, Juliana Arshad, 42, berkata, kelonggaran pergerakan rentas negeri menghidupkan kembali harapan para peniaga khususnya di Padang Besar yang sangat bergantung kepada kehadiran pelancong dari luar negeri ini.

Menurutnya, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, dia terpaksa melakukan pelbagai kerja lain seperti menjual ikan bagi menampung kos sara hidup dan juga komitmen perniagaan sedia ada.

“Kini, selepas kebenaran rentas negeri dan pembukaan semula sektor ekonomi, perniagaan kami semakin baik meski pun masih belum mampu pulih sepenuhnya.

“Terima kasih kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang bijak membuat keputusan selain banyak membantu dengan pelbagai bantuan dalam tempoh PKP sebelum ini,” katanya.

Tambah Juliana, suasana ekonomi yang semakin rancak menyebabkan perniagaan bertambah baik sekali gus membantu mereka kembali mengupah para pekerja.

Salah seorang peniaga lega kerana dapat kembali berniaga untuk menambah pendapatan bulanan yang terjejas akibat PKP.

Seorang pengusaha restoran, Zainudin Bhukari, 44, turut berterima kasih kepada kerajaan atas beberapa langkah yang diambil bagi memulihkan semula ekonomi negara.

Katanya, bantuan berterusan selain keputusan pembukaan semula sektor ekonomi banyak membantu rakyat khususnya para peniaga.

“Semasa pandemik, perniagaan kami agak perlahan dan saya kehilangan kira-kira 50 peratus daripada keseluruhan 26 pekerja.

“Kini, kami kembali boleh mengambil semula pekerja sekali gus turut membantu mereka.

“Selain itu, Program Subsidi Upah di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) juga banyak membantu majikan bertahan dan terus beroperasi seperti sebelum pandemik Covid-19.

“Beberapa pekerja di restoran saya juga menerima beberapa faedah yang dilancarkan di bawah penempatan pekerjaan Perkeso itu,” katanya.

Peniaga roti canai, Irwan Kamis, 40, pula memberitahu, perniagaan mereka kembali rancak selepas pembukaan semula sektor ekonomi sekali gus membantu menampung kerugian sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI