fbpx

KL City menang, 3 wilayah cuti Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City) bergambar bersama Presiden KL City, Tan Sri Annuar Musa serta pihak pengurusan dan kejurulatihan bagi meraikan kejayaan merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2021 selepas menewaskan JDT 2-0 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

PUTRAJAYA – Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) mengumumkan Hari Kelepasan Am Tambahan pada Jumaat ini bersempena dengan kejayaan pasukan bola sepak Kuala Lumpur (KL) City FC merangkul kejuaraan di TM Piala Malaysia 2021 edisi Ke-100 semalam.

Menterinya, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, kemenangan KL City FC itu di Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan pencapaian terbaik pasukan tersebut setelah 32 tahun penantian.

“Susulan kemenangan itu, adalah dimaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju supaya hari Jumaat ini (3 Disember 2021) diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan bagi tiga wilayah iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Pengisytiharan Hari Kelepasan Am Tambahan ini dibuat selaras dengan subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Wilayah Persekutuan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Putrajaya Steps, Presint 1 di sini hari.

Tambah beliau, bagi menghargai jasa para pemain pula, pihaknya akan memikirkan bentuk imbuhan yang akan diberikan kelak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI