fbpx
Lavinia menunjukkan dua variasi istimewa QuickBites Gold yang baru diperkenalkan di pasaran.

Gardenia lancar variasi baharu Black Forest, Karamel Masin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Peminat makanan keluaran Gardenia Bake­ries (KL) Sdn. Bhd. (Gardenia) kini dapat menambah lagi pilihan produk melalui pelancaran ban coklat berkrim Gardenia QuickBites Gold.

Di bawah jenama QuickBites yang telah dilancarkan pada bulan Julai lalu, syarikat kini menawarkan rangkaian roti krim premium baharu melalui dua variasi istimewa iaitu QuickBites Gold Black Forest dan QuickBites Gold Karamel Masin.

Pengurus Pemasaran Gardenia, Lavinia Anthony berkata, dua variasi baharu itu bakal menyerlahkan keceriaan untuk semua lapisan masyarakat.

“Pelancaran rangkaian baharu ini sudah tiba dan bertepatan pada masanya apabila rakyat te­lah mula kembali kepada norma baharu.

“Ban coklat premium berkrim yang kaya dengan Black Forest dan Karamel Masin pasti menjanjikan keceriaan kepada pe­langgan,” katanya dalam ­kenyataan.

Selain itu, Gardenia me­nerangkan, pihaknya telah me­labur dalam kempen pemasaran dan komunikasi secara bersepadu untuk memperkenalkan produk makanan tersebut di pasaran.

Tambah beliau, Gardenia QuickBites Gold merupakan snek yang lebih memuaskan cita rasa seluruh isi keluarga pada bila-bila masa dan boleh didapati di mana-mana kedai berdekatan.

“Nikmati kelazatan yang tiada tandingan iaitu Gardenia QuickBites Black Forest Gold dan QuickBites Karamel Masin Gold,” jelas Lavinia.

POPULAR