fbpx

Gardenia perkenal tiga produk mi segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga perisa produk baharu Gardenia NuMee mi segera iaitu kari, ayam dan mi goreng perisa asli.

PETALING JAYA – Pengeluar produk roti Gardenia, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. memperkenalkan produk NuMee mi segera dengan tiga perisa klasik kegemaran ramai iaitu kari, ayam dan mi goreng perisa asli.

Menerusi kenyataan Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd., rangkaian Gardenia NuMee mi segera itu bertujuan memberi pilihan baharu kepada rakyat Malaysia agar dapat memenuhi keinginan mereka menikmati mi segera.

“Ia diedarkan secara meluas dan boleh didapati di seluruh Semenanjung Malaysia dengan harga RM3.99 kini iaitu terhad untuk promosi pengenalan bagi semua perisa,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, harga pengguna bagi Gardenia NuMee Mi Segera ialah RM4.80 perisa kari, RM4.80 perisa ayam dan RM5 mi goreng perisa asli.

Mengulas lanjut, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. berkata, syarikat gergasi pengeluar roti tersebut telah menjadi peneraju pelbagai produk roti sejak lebih tiga dekad lalu dengan menawarkan lebih 50 jenis produk berkualiti.

“Pada 2019, Gardenia mengambil langkah berani menceburi segmen pengeluaran mi dengan melancarkan mi kuning NuMee.

“Kategori produk baharu itu membuka peluang kepada Gardenia untuk mengembangkan pengeluaran NuMee ke dalam pasaran mi segera,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI