fbpx

Gardenia buat hal lagi, tambah dua perisa baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua perisa baharu yang ditawarkan Gardenia baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pengeluar rangkaian roti pelbagai perisa, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. membuat orang ramai tidak ‘duduk diam’ kembali apabila melancarkan dua lagi perisa roti baharu di pasaran baru-baru ini.

Difahamkan, dua roti baharu itu merupakan perisa karamel masin dan ‘black forest’ dengan kismis.

Susulan kemunculan dua perisa baharu itu, rata-rata netizen melahirkan rasa teruja dan tidak sabar untuk merasai keenakan roti berkenaan berikutan jenama itu begitu dekat dengan selera rakyat.

Menurut perkongsian seorang pengguna Twitter @H_Bakkaniy, Gardenia dilihat membuat ‘hal’ kembali selepas melancarkan perisa berkenaan.

“Wah Gardenia buat hal lagi, hari itu roti pandan,” ciapnya.

Hantaran lelaki berkenaan mendapat lebih 8,900 tanda suka selain dikongsi lebih 4,177 yang lain.

Dalam pada itu, netizen turut berkongsi keterujaan dan rasa tidak sabar menikmati roti baharu itu memandangkan perisa ditawarkan bercitarasa terkini.

“Saya mahu cuba karamel masin, tetapi black forest sedap jika tanpa kismis,” tulis @jsungluvs.

“Gardenia sedang dalam perjalanan untuk perisa roti lebih hebat,” kata @adibahfath.

“Dua-dua kegemaran saya, tak sabar untuk cuba dua-duanya,” ujar @GhaNajieha. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI