fbpx

Vida lega, Cik B bebas Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CIK B disahkan bebas daripada Covid-19 sejak kelmarin.

PETALING JAYA – Selepas 10 hari menjalani kuarantin kendiri gara-gara disahkan positif Covid-19, penyanyi yang juga anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B akhirnya disahkan bebas daripada wabak tersebut.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri Vida dalam Instagram miliknya apabila memaklumkan bahawa anak kesayangannya itu telah pulih daripada Covid-19 selepas disahkan sendiri oleh doktor yang melakukan ujian calitan ke atasnya kelmarin.

“Alhamdulillah Cik B. Berkat doa, tips dan petua semua. Kunyah multivitamin. Cik B dah bebas Covid-19.

“Doktor dah swap test (ujian calitan) untuk betul-betul pastikan Cik B negatif. Syukur kerana cepat sembuh. Terima kasih doktor,” luah Vida.

Dalam pada itu, Vida mengakui kejadian ‘hitam’ itu sedikit sebanyak memberi kesan trauma terhadap dirinya kerana tidak pernah melalui pengalaman sebegitu sebelum ini.

“Sebagai ibu, saya sangat trauma. Alhamdulillah Cik B tidak ditempatkan di pusat kuarantin,” katanya.

Terdahulu, Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamileen Mohd. Amin disahkan positif Covid-19 pada 19 November lalu dan menjalani kuarantin kendiri di biliknya.

Ujar Cik B, 16, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana keadaannya kini baik-baik sahaja namun mengakui mengalami simptom hilang deria bau. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI