fbpx

Barcelona lepasi halangan Villarreal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PHILIPPE Coutinho melengkapkan malam cemerlang Barcelona apabila melengkapkan gol ketiga menerusi sepakan penalti ketika menewaskan Villarreal awal pagi semalam. – AFP

MADRID – Ketua jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez percaya kemenangan 3-1 The Catalans ke atas Villarreal dalam aksi La Liga awal pagi semalam telah me­nyuntik semangat dan motivasi anak-anak buahnya.

Hasil Keputusan tersebut membolehkan legenda Barcelona itu meraih kemenangan ke­dua berturut-turut dalam saingan La Liga selain berjaya mencetak kemenangan sulung mereka di tempat lawan.

Sejak membimbing Barcelona, Xavi memperoleh kemenangan 1-0 ke atas Espanyol, namun terikat 0-0 ketika berdepan Benfica dalam Liga Juara-Juara.

Begitupun Xavi berkata, kemenangan di Stadium La Ceramica itu merupakan persembahan yang paling teruk berbanding tiga perlawanan yang telah dikendalikannya sebelum ini.

“Saya akui perlawanan tersebut seimbang, malah Villarreal adalah pasukan yang berkualiti. Sepanjang tiga perlawanan saya bersama Barca, ini perlawanan yang paling kurang kami mendominasi saingan.

“Apa yang saya boleh katakan, kami sebenarnya tidak layak untuk memenangi perlawanan malam ini. Saya jangkakan ia mungkin berakhir dengan keputusan seri.

“Bagaimanapun, kami pulang dengan kemenangan dan me­raih tiga mata penuh. Ia sangat hebat dan memberi kami suntikan semangat.

“Ia adalah kemenangan yang menakjubkan yang memberikan kami peluang untuk terus berkembang. Kemenangan ini menyuntik semangat kepada kami,” katanya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI