fbpx

4,978 kes keganasan rumah tangga sejak 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Sebanyak 4,978 kes keganasan rumah tangga (KRT) dicatatkan di Selangor dari tahun 2018 sehingga Oktober tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, berdasarkan rekod tahun ini mencatatkan kes paling tinggi iaitu 1,519 kes.

“Seperti yang terkandung dalam Pakej Kita Selangor 2.0, kerajaan negeri telah menyediakan talian SELamat sebagai talian khas untuk masyarakat membuat aduan berhubung isu keganasan rumah tangga yang telah beroperasi sejak 1 November lalu.

“Selain itu, syarikat Wanita Berdaya Selangor Sdn. Bhd. (WBS) kini sedang mengadakan Kempen 16 Hari Aktivisme Menentang Keganasan Berasaskan Gender sebagai langkah advokasi kepada masyarakat,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Beliau berkata demikain bagi menjawab pertanyaan lisan Juwairiya Zulkifli (PH-Bukit Melawati) berhubung jumlah dan yang diambil kerajaan negeri bagi menangani masalah KRT.

Menurut Siti Mariah, talian SELamat telah menerima 14 panggilan dengan tujuh daripadanya berkaitan KRT.

“Daripada tujuh panggilan KRT, tiga panggilan adalah kes psikologi, tiga panggilan lagi adalah kes fizikal manakala satu panggilan adalah kes ekonomi.

“Melalui talian berkenaan, pemanggil telah ditawarkan untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling atau intervensi daripada Pusat Kaunseling Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri atau badan bukan kerajaan (NGO),” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI