fbpx

132 penjawat awam Selangor belum divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Seramai 132 penjawat awam di negeri ini yang belum mendapatkan sebarang vaksinasi Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr. Siti Mariah Mahmud Selangor berkata, data tersebut diperoleh daripda 43 jabatan dan agensi sehingga 16
November lalu.

Katanya, jumlah keseluruhan terkini penjawat awam di Selangor adalah seramai 22,314 orang.

“Berdasarkan pekeliling perkhidmatan dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkuatkuasa 18 November lalu adalah bertanggungjawab untuk mendapatkan dos imunisasi COVID-19 yang lengkap sebagaimana yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Selepas 1 November, ketua jabatan boleh mengarahkan penjawat awam berkenaan mengambil vaksin dan sekiranya mereka gagal berbuat demikian, tindakan tatatertib boleh dikenakan terhadap mereka,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Elizabeth Wong (PH -Bukit Lanjan) berhubung jumlah penjawat awam di Selangor belum divaksin sehingga hari ini.

Siti Mariah yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang menjelaskan, pengesahan pengamal perubatan dikehendaki sekiranya penjawat awam tidak layak untuk menerima imunisasi tersebut dari segi perubatan iaitu sebab kesihatan.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, dianggarkan sejumlah 4.77 juta daripada 5.1 juta penduduk Selangor yang berumur 12 tahun ke atas sudah menerima sekurang-kurangnya 1 dos vaksin

“Sebahagian kecil yang belum divaksinasi merupakan mereka yang tergolong dalam kategori ini mempunyai kontraindikasi kepada vaksin Covid-19 manakala selebihnya merupakan golongan yang menolak vaksin.

“Proses pemberian vaksinasi sedang berjalan melalui program jangkau luar (outreach) yang dijalankan oleh Pasukan Outreach PKD dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti MERCY dan IMARET,” tegasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI