fbpx

Suzuki V100 pula jadi buruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu model V100 yang telah di baik pulih sepenuhnya. - Foto MEDIA SOSIAL

PETALING JAYA – Jenama motosikal keluaran Yamaha antaranya RXZ dan 125zr ternyata telah berada pada tahap yang tidak masuk akal ketika ini sehingga mencecah puluhan ribu ringgit.

Sama juga dengan jenama Honda menerusi model yang begitu terkenal EX5 yang pernah mencecah sejuta belian di negara ini yang juga telah mencecah harga belasan ribu ringgit.

Terkini, satu lagi jenama dari Jepun iaitu Suzuki juga tidak mahu kalah apabila model skuternya V100 kini menjadi buruan orang ramai.

V100 merupakan satu-satunyo model skuter yang menggunakan enjin dua lejang seperti apa yang dibawa oleh model-model Suzuki yang lain antaranya RG-V serta Panther TXR.

Tinjauan di beberapa laman web jualan kenderaan, ternyata model V100 telah disenaraikan sebagai motosikal yang paling sukar diperolehi ketika ini kerana produksi yang telah dihentikan.

Kalau ada sekalipun, harganya sudah mencecah RM5,000 hingga RM7,000 bagi yang lengkap dokumen dan masih digunakan (running).

Manakala bagi yang tersadai, jangan terkejut apabila boleh mencecah RM3,000 sebiji. Jika sebelum ini jenama V100 langsung tidak dipandang.

Rata-rata orang ramai menyatakan pandangan mereka terhadap harga skuter ini yang turut menjadi fenomena baharu di Malaysia.

“Walaupun kecil, skuter ini menggunakan enjin 2 -stroke (lejang). Kita perlu gunakan minyak 2T untuk menggerakkannya.

“Ternyata enjin skuter ini begitu laju dan berkuasa dan juga senang untuk diselenggara terutamanya kepada makanik ‘otai’,” jelas KeriKhairi.

“Saya baru dapatkan motosikal ni bulan lepas, alat ganti juga masih ada di Shoopee. Alat ganti tidak terlalu mahal. Masih releven jika ingin guna skuter ini,” kata Joe Rahman Kontena. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI