fbpx

Carrick fokus bentuk skuad terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain United giat menjalani latihan menjelang aksi menentang Chelsea di Stamford Bridge awal pagi esok. – AFP

MANCHESTER – Pengendali sementara Manchester United, Michael Carrick mengakui fokusnya untuk mempersiapkan pasukan menentang Chelsea awal pagi esok tidak terganggu biarpun kelab itu sah mendapatkan khidmat Ralf Rangnick sebagai pe­ngurus interim.

Rangnick dilantik ke jawatan tersebut untuk tempoh enam bulan menggantikan Ole Gunnar Solskjaer yang melepaskan tugas tersebut dan dilihat berpotensi untuk menjadi pengurus kekal dengan tempoh yang lebih panjang.

Biarpun sah dilantik, Rangnick tidak dapat bersama United pada aksi menentang Chelsea di Stamford Bridge ekoran isu permit kerja dan Carrick bakal mengemudi pasukan berkenaan untuk kali terakhir sebelum tanggungjawab itu akan diserahkan semula.

United kini berada di kedudukan kelapan ketinggalan 12 mata di belakang Chelsea yang muncul sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris selain mereka juga kekurangan enam mata berban­ding West Ham yang menghuni tangga keempat.

Carrick mengakui bahawa fokusnya kini adalah untuk memastikan United berjaya menca­tat kemenangan pada perlawanan tersebut bagi mengurangkan jurang tersebut dan tidak berminat untuk mengulas mengenai perubahan yang bakal berlaku dengan kehadiran Rangnick.

“Fikiran saya ketika ini adalah terhadap perlawanan ini. Fokus utama adalah untuk membariskan pemain terbaik.

“Ia adalah tugas yang besar dan berat buat saya ketika ini dan saya bersedia untuk memberikan segala-galanya. Apa yang berlaku selepas aksi tersebut langsung tidak ada dalam fikiran saya ketika ini,” katanya.

Dalam pada itu, Carrick mengesahkan bahawa United akan turun tanpa kelibat dua tonggak utama, Luke Shaw dan Fred yang mengalami kecede­raan sekali gus memasuki senarai bersama Paul Pogba, Edinson Cavani dan Raphael Varane.

Carrick juga mengakui bahawa beliau sedar mengenai kekuatan yang dimiliki oleh Chelsea yang berada pada prestasi terbaik ketika ini dan bakal memberikan kesukaran kepada skuad kendaliannya.

“Anda pasti mengagumi apa yang mereka sedang lalui ketika ini. Mereka sangat tersusun, memiliki gerak yang cukup baik antara pemain pertahanan dan bahagian tengah selain mampu memberikan kesukaran kepada kami di bahagian sayap.

“Saya sedar mengenai bahaya yang mampu dihadirkan oleh mereka tetapi pasukan ini sudah bersedia untuk menghadapi cabaran tanpa ragu-ragu,” jelasnya.

Kejayaan meraih kemenangan ke atas Villarreal pada saingan Liga Juara-Juara lalu memberikan motivasi penting buat United yang dikritik hebat ekoran penurunan prestasi yang dialami sehingga menyebabkan Solskjaer tersingkir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI