fbpx
AHMAD Zahiruddin bersama kedua ibu bapanya selepas dia bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian al-Quran dengan Multimedia pada Majlis Konvokesyen Kali Ke-19 USIM di Nilai, Seremban, semalam.

Graduan autisme mahu jadi pakar teknologi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN- Meskipun dilahirkan sebagai seorang autisme, ia sama sekali tidak menjadi penghalang buat Ahmad Zahiruddin Zailani, 25, untuk menggapai impian sebagai seorang pakar teknologi golongan berkeperluan khas.

Ahmad Zahiruddin semalam menjadi graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian al-Quran dengan Multimedia dari Universti Sains Islam Malaysia (USIM) pada majlis konvokesyen kali Ke-19 universiti tersebut yang berlangsung di Nilai dekat sini.

Anak sulung daripada lima orang adik beradik itu berkata, kehadiran pandemik Covid-19 turut memberikan dia peluang membantu proses pembelajaran secara dalam talian dengan menghasilkan lebih 49 video berkaitan mata pelajaran syariah dan usuluddin.

“Ketika pandemik Covid-19 kami menjalani pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian, saya melihat tenaga pengajar banyak menggunakan lisan berbanding menggunakan bahan mengajar seperti video.

“Ketika menjalani latihan industri di Ummi Maktum USIM, saya tekad membantu menghasilkan lebih 40 video bagi membantu pensyarah,” katanya yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.20.

Ahmad Zahiruddin berkata, kedua ibu dan bapanya, Zailani Ahmad dan Hanes Mohd. Nasir menjadi tulang belakang yang sentiasa menyokong dan memberi semangat kepadanya selama ini.

“Sepanjang menyambung pengajian saya juga lebih suka menghabiskan masa mengulangkaji pelajaran dan ‘mentasmik’ bacaan al-Quran di Masjid USIM.

“Saya juga berhasrat untuk menyambung pengajian di peringkat sarjana dalam bidang pendidikan khas pada tahun hadapan di sebuah universiti tempatan di Bangi, Selangor,” katanya. -K! ONLINE.

POPULAR