fbpx
NAFUZI sudah merencanakan strategi jika perlawanan antara TFC dan JDT pada separuh akhir kedua Piala Malaysia diheret sehingga ke penentuan penalti di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini.

TFC sedia diheret hingga ke penentuan penalti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

TERENGGANU FC (TFC) sudah bersedia mental dan fizikal sekiranya aksi separuh akhir kedua bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim malam ini harus diharungi sehingga masa tambahan.

Pengendali skuad Sang Penyu, Mohd. Nafuzi Zain berkata, anak-anak buahnya juga telah dipersiapkan untuk menghadapi penentuan sepakan penalti sekiranya keputusan perlawanan masih juga terikat selepas 120 minit permainan tamat.

“Kalau boleh saya mahu pemain-pemain menamatkan permainan dalam 90 minit sahaja, namun sekiranya permainan diheret ke masa tambahan 30 minit, kami telah bersedia.

“Di peringkat kalah mati seperti Piala Malaysia, macam-macam boleh terjadi termasuk berlanjutan ke masa tambahan atau sepakan penalti,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Mohd. Nafuzi berkata, faktor beraksi di tempat lawan boleh menjadi kelebihan kepada TFC kerana tekanan beraksi di depan penonton sendiri sebenarnya jauh lebih hebat.

Beliau mengakui TFC lebih selesa bermain di tempat lawan sekali gus mengharapkan pe­ningkatan corak permainan yang serba tidak menjadi pada Isnin lalu.

“Saya melihat pemain muda TFC semakin matang untuk ­beraksi di depan puluhan ribu penyokong lawan.

“Pada saya, pemain lebih tertekan bermain di tempat sendiri,” katanya.

Dalam perkembangan sama, sedikit melegakan TFC apabila kecederaan dada dialami ketua pasukan, Carli De Murga tidak terlalu serius, namun masih 50-50 untuk diturunkan.

“Tahap kecergasan pemain import lain termasuk David Da Silva dan Makan Konate yang terlepas pusingan pertama lalu, masih dinilai dan saya belum memilih kesebelasan terbaik,” tambahnya.

POPULAR