fbpx

Senyum, sebut nama antara layanan staf ‘gomen’ pada pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kerap sebut nama pelanggan dan perlu pandang mata atau muka pelanggan antara 14 layanan petugas barisan hadapan terutama kaunter kerajaan yang perlu diamalkan.

Demikian intipati terkandung dalam buku terbaharu Panduan Layanan Perkhidmatan Pelanggan Sektor Awam yang akan diguna pakai kakitangan terbabit apabila berdepan orang ramai.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd. Rahman berkata, ia sejajar budaya kerja berfokuskan pelanggan, fleksibel, berinovasi, berintegriti dan profesional.

Mohd. Khairul (kiri) ketika melancarkan buku Panduan Layanan Perkhidmatan Pelanggan Sektor Awam secara maya di Putrajaya, hari ini. – Foto ihsan JPA

“Melalui kerangka agenda reformasi ini diharapkan perkhidmatan awam menjadi entiti bersatu dan boleh dipercayai untuk menyampai dan menzahirkan agenda nasional kerajaan,” kata beliau.

Buku itu diterbitkan Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berdasarkan rumusan daripada sembilan pekeliling sejak 1991 hingga 2008 lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI