fbpx

Semangat Malaysia melonjak bertemu Belgium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD negara bermula dengan langkah kanan apabila meraih kemenangan pada aksi pertama menewaskan Chile kelmarin. - FB FIH

MALAYSIA berpeluang meletakkan sebelah kaki ke peringkat suku akhir Piala Dunia Hoki Remaja (JWC) 2021 jika berjaya menewaskan Belgium pada aksi kedua Kumpulan A di Stadium Kalinga di Bhubaneswar, India malam ini.

Namun, ia bukan tugas mudah buat skuad projek khas lelaki kebangsaan kerana lawan tersebut telah membuktikan status mereka sebagai naib juara edisi 2016 dengan kemenangan 5-1 ke atas Afrika Selatan.

Begitupun, pengurus pasukan, I. Vikneswaran percaya barisan pemainnya berpeluang mencipta kejutan ke atas Belgium selepas turut membuka langkah kanan dengan menewaskan Chile 2-1 pada aksi pertama kelmarin.

“Aksi pertama amat penting dalam mana-mana kejohanan untuk mencari kestabilan pasukan selain mengurangkan stres dan meningkatkan keyakinan pasukan.

“Saya gembira kami berjaya membuka langkah kanan dalam perlawanan pertama. Namun, fokus pasukan sekarang sudah beralih kepada aksi menentang Belgium.

“Saya percaya Wallace Tan (ketua jurulatih Malaysia) mempunyai perancangan untuk bertemu Belgium nanti. Setiap kelemahan dalam aksi ini akan diperbaiki menentang Belgium,” katanya.

Malaysia berjaya meraih tiga mata berharga menerusi dua gol daripada Muhammad Kamarulzaman Kamaruddin dan Syarman Mat Tee pada minit ke-34 serta 43, manakala Sebastian Wolansky menghadiahkan jaringan sagu hati buat Chile

Sebagai rekod, Malaysia pernah menewaskan Belgium 4-2 pada edisi JWC 2005, namun tewas dalam dua pertemuan terdahulu bermula 2-3 sewaktu JWC 2009 dan 0-3 ketika JWC 2016.

PIALA DUNIA HOKI REMAJA

KUMPULAN A

KEPUTUSAN

BELGIUM 5 – 1 AFRIKA SELATAN

MALAYSIA 2 – 1 CHILE

 

KEDUDUKAN

PM S K J B Mt

BELGIUM 1 1 0 0 5 1 3

MALAYSIA 1 1 0 0 2 1 3

CHILE 1 0 0 1 1 2 0

AFRIKA SELATAN 1 0 0 1 1 5 0

 

JADUAL

HARI INI

MALAYSIA lwn BELGIUM

Siaran langsung Astro 802, 10 mlm

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI