fbpx

Salah ceroboh gua tanpa kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian foto menunjukkan keadaan gua di Bandar Seri Botani selepas dicerobohi dengan binaan struktur.

IPOH – Tindakan menduduki mana-mana gua di negeri ini tanpa kebenaran adalah salah kerana ia merupakan tanah kerajaan yang tidak boleh diceroboh walaupun atas apa tujuan sekali pun.

Ini termasuk membersih, menggali, mendirikan bangunan atau struktur termasuk mengalihkan kayuan sedia ada.

Sumber memberitahu Kosmo!, tanah kerajaan ini termasuklah semua tanah yang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan, pihak berkuasa tempatan dan pihak berkuasa berkanun.

Kata sumber tersebut, sebagai pemegang tanah pihak-pihak berkenaan menjalankan kuasa yang diberi oleh undang-undang Persekutuan atau negeri.

“Pencerobohan gua adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 iaitu sama sepertimana tindakan menceroboh tanah kerajaan lain.

“Tindakan penguatkuasaan di bawah seksyen ini memperuntukkan denda sebanyak RM500,000, penjara selama lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” ujar sumber tersebut.

Sejak beberapa hari lalu tular gambar sebuah gua prasejarah di Bandar Seri Botani di sini dalam laman Facebook dikongsi individu bernama Uzaer Sohigh.

Menerusi perkongsian tersebut, dia menunjukkan dua foto bertarikh Februari 2019 dengan lantai gua ditumbuhi satu daun iaitu spesies Monophyllaea yang menghiasi indah lantai gua tetapi telah kini dilupuskan dengan binaan struktur.

Individu itu juga mempersoalkan mengapa tiada tindakan penguatkuasan dilakukan pihak berwajib memandangkan lokasi tersebut sepatutnya dipelihara kerana gua-gua batu kapur di Ipoh terletak dalam zon Geopark Lembah Kinta.

Ipoh mempunyai kira-kira 150 buah gua prasejarah dengan anggaran usia mencecah 5,000 tahun termasuk Gua Matsoorat di Gunung Lang yang pernah menjadi kontroversi sebelum ini kerana diceroboh kru produksi drama.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI