fbpx

Pemenang baharu hangatkan lagi F1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON (kanan) memburu kejuaraan kelapan dalam kariernya, manakala Verstappen cuba menjadi kemenangan sulung dalam karier F1. – AFP

LONDON – Bekas legenda Formula Satu (F1), Alain Prost me­ngakui bingung untuk menyokong pelumba mana yang bakal bergelar juara dunia pada sai­ngan musim ini selepas me­nyaksikan persaingan sengit melibatkan Max Verstappen dan Lewis Hamilton.

Sebagai rekod, Hamilton yang merupakan juara dunia tujuh kali mahu mencipta sejarah tersen­diri dengan bergelar juara untuk edisi kelapan, manakala Verstappen pula mahu meraih kejuaraan pertama dalam kariernya ber­sama Red Bull.

Kini, Hamilton yang mewakili pasukan Mercedes dibezakan lapan mata berbanding Verstappen ketika perlumbaan Grand Prix (GP) hanya berbaki dua perlumbaan di Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Prost yang telah bergelar juara dunia empat kali dalam kariernya percaya peluang untuk kedua-dua pelumba muncul juara musim ini agak seimbang tetapi mengakui lebih berminat sekiranya ada wajah baharu yang boleh mewarnai kejuaraan dunia kali ini.

“Secara jujur, saya tidak memihak kepada mana-mana pelumba tetapi saya percaya andai jentera yang dipandu mereka tidak mempunyai masalah, peluang untuk mereka bersaing sangat seimbang.

“Di atas kertas, kelebihan sudah tentu dimiliki oleh Hamilton kerana dia mempunyai pengalaman selepas menjuarai kejua­raan dunia sebanyak tujuh kali sebelum ini. Dia beberapa kali melalui situasi ini meskipun diakui cabaran kali ini paling getir.

“Dalam masa yang sama, saya juga mahu melihat Verstappen muncul juara kerana ia akan memberi nafas baharu terhadap saingan F1 secara keseluruhan bahawa tiada apa yang mustahil untuk mana-mana pelumba bergelar juara dengan keazaman yang jitu,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI