fbpx

Murid sekolah rendah wajib jalani saringan bergilir, Isnin ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Semua murid sekolah rendah diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19 secara mingguan dengan kaedah penggiliran, bagi mencegah penyebaran wabak itu sehingga mewujudkan kluster pendidikan bermula Isnin ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia adalah sebahagian perkara yang digariskan dalam Strategi Pengujian Covid-19 Kebangsaan (NTS) yang menetapkan murid sekolah rendah perlu menjalani ujian saringan secara mingguan.

Katanya, pelaksanaan NTS dilakukan selepas ditangguhkan sebelum ini dan dokumen yang sudah pun disiarkan itu boleh dimuat turun melalui https://covid-19.moh.gov.my di bawah Garis Panduan.

“Dokumen itu juga menggariskan bila dan siapa yang perlu menjalani ujian serta ujian apa perlu dijalankan, ia sama ada murid itu bergejala atau tidak bergejala mesti menjalani ujian saringan.

“Ia menjadi keperluan kepada sekolah-sekolah rendah yang mana murid di bawah usia kelayakan menerima vaksin, perlu laksanakan ujian saringan mingguan sekurang-kurangnya kepada 10 peratus sampel pelajar di sekolah itu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Khairy Jamaluddin sebelum ini memaklumkan, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menyiapkan strategi ujian saringan kebangsaan bagi menentukan peralihan fasa mitigasi di satu-satu kawasan.

“Strategi tersebut juga membolehkan kementerian mengenal pasti kawasan yang rendah dalam aspek pembendungan sekali gus dapat memastikan strategi yang lebih jelas dapat dilakukan bagi memastikan kadar positif Covid-19 diselaraskan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI