fbpx

299 kanak-kanak di Pulau Pinang hilang ibu bapa akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norlela pada sidang DUN di Geogre Town hari ini.

GEORGE TOWN – Seramai 299 kanak-kanak di negeri ini menjadi anak yatim kerana kehilangan ibu atau bapa atau kedua-dua sekali akibat Covid-19 sejak pandemik itu melanda kira-kira dua tahun lalu.

Seramai 194 orang daripadanya kehilangan bapa yang merupakan punca utama rezeki keluarga, ibu (78), penjaga (enam) serta kedua-dua ibu dan bapa (empat).

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar serta Kesihatan negeri, Dr. Norlela Ariffin, daripada jumlah itu, seramai 224 orang merupakan kanak-kanak dari keluarga berketurunan Melayu, Cina (47), India (24) dan lain-lain bangsa (empat).

“Seramai 142 atau 47.7 peratus daripada kanak-kanak merupakan murid sekolah rendah, 152 (50.8 peratus) pelajar sekolah menengah dan lima orang (1.7) peratus adalah pelajar sekolah agama.

“Bagi menjaga kebajikan kanak-kanak terbabit, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menubuhkan jawatankuasa petugas khas atau task force dengan sokongan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pendidikan negeri dan agensi-agensi lain yang berkaitan,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Jelasnya, ‘task force’ itu antara lain akan melihat bentuk sokongan dan bantuan yang diperlukan kanak-kanak terbabit khususnya dalam memastikan mereka meneruskan sesi persekolahan.

“Terdapat kes yang mana dua pelajar masing-masing berusia 16 dan 18 tahun yang menjadi yatim piatu akibat pandemik Covid-19 memilih untuk bekerja bagi meneruskan kehidupan serta menyara empat lagi adik mereka.

“Selain itu, JKM ketika ini turut menghubungi kumpulan kanak-kanak yang terjejas akibat Covid-19 ini bagi menawarkan khidmat kaunselor dan sokongan selain kita turut menghulurkan bantuan-bantuan lain seperti bakul makanan dan sebagainya,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI