fbpx

Tip minda tenang melancong semasa hamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERCUTI ketika usia kandungan 12 minggu pertama, ibu hamil mungkin cepat penat, mual dan berisiko keguguran. – GAMBAR HIASAN

BERCUTI ke destinasi pilihan ketika hamil mungkin dianggap berbahaya oleh sesetengah orang, sebaliknya hasrat tersebut boleh diteruskan jika ibu dan kandungannya berada dalam keadaan baik serta sihat.

Adalah penting membuat perancangan rapi agar percutian tersebut berjalan lancar, menyeronokkan dan selamat untuk ibu serta bayi dalam kandungan.

Sebenarnya, ketika berbadan dua, wanita perlu bercuti, berehat dan beriadah atau ramai yang menggelarnya sebagai babymoon.

Maka, usah lepaskan peluang untuk pergi bercuti tanpa melupakan aspek-aspek keselamatan bagi mencegah perkara tidak diingini daripada berlaku.

Minggu ini, Horizon kongsikan beberapa tip yang boleh dilakukan sekiranya ingin pergi bercuti ketika hamil.

Ia bagi membolehkan percutian berkenaan menjadi perkara yang paling diingati sepanjang hayat.

1.Pemeriksaan, nasihat doktor

Perjalanan atau percutian yang agak jauh memerlukan tubuh yang sihat agar segala aktiviti dirancang berjalan dengan lancar dan menyeronokkan.

Justeru, sangat penting untuk memastikan ibu serta kandungan berada dalam keadaan sangat baik.

Oleh itu, lakukan pemeriksaan dengan doktor dan dapatkan nasihat pakar bagi memastikan ibu hamil benar-benar bersedia untuk memulakan percutian tersebut tanpa halangan kesihatan.

Jangan lupa untuk membawa bersama buku rekod kesihatan sebagai persiapan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini supaya ia menjadi rujukan doktor yang merawat di tempat kejadian.

2. Pilih destinasi tidak terlalu jauh

Kita harus faham, keadaan ibu hamil yang membawa bebanan kandungan dan kondisi kesihatannya pada ketika itu tidak mengizinkan perjalanan yang sangat jauh dari tempat tinggal.

Justeru, elakkan memilih destinasi terlalu jauh atau bercuti di luar negara dengan penerbangan sangat lama.

Sebaliknya, pergi ke lokasi percutian domestik yang juga menawarkan 1,001 tarikan tersendiri.

PILIH lokasi percutian yang dekat kerana kondisi ibu hamil tidak mengizinkan perjalanan sangat jauh dari tempat tinggal. – GAMBAR HIASAN

3. Masa terbaik melancong

Ramai pakar menyarankan trimester kedua iaitu antara bulan keempat dan keenam amat sesuai untuk pergi bercuti atau melancong.

Bagaimanapun, ia bergantung kepada keadaan kesihatan serta nasihat doktor.

Jika bercuti ketika usia kandungan 12 minggu pertama, ibu hamil mungkin cepat penat, mual dan berisiko keguguran.

Beberapa minggu sebelum bersalin pula lebih baik berehat di rumah sahaja.

4. Semak kemudahan kesihatan

Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan destinasi yang bakal dikunjungi terletak berdekatan dengan hospital atau klinik bagi memudahkan mendapatkan bantuan jika berlaku kecemasan.

Jangan pandang remeh perkara itu kerana jika lambat mendapatkan bantuan perubatan disebabkan lokasi percutian agak terpencil, dikhuatiri akan membahayakan nyawa ibu dan anak.

MAKANAN perlu perlu dihidangkan dalam keadaan sangat bersih serta sesuai dimakan oleh ibu mengandung. – GAMBAR HIASAN

5. Makanan, minuman yang selamat

Pastinya makanan perkara yang sangat mengujakan jika bercuti di tempat orang kerana, itu adalah peluang untuk anda mencubanya.

Cuma, perlu berhati-hati ketika memilih menu. Ia perlu dihidangkan dalam keadaan bersih serta sesuai dimakan oleh ibu mengandung.

Kebersihan sangat penting bagi mengelakkan berlaku keracunan makanan hingga membahayakan kandungan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI