fbpx

Bicara saman Nana tangguh, peguam defendan kuarantin kendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 17 Disember ini bagi menyambung perbicaraan saman fitnah RM2.5 juta penyanyi Siti Nordiana Alias terhadap lima defendan kerana memfitnahnya dalam laman Instagram.

Hakim Zulqarnain Hassan menangguhkan perbicaraan yang sepatutnya didengar hari ini selepas membenarkan permohonan peguam- peguam yang mewakili defendan keempat (D4) dan kelima (D5).

Defendan tersebut masing-masing ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar Samin, 43, serta jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad Senusi, 42.

Peguam Abang Azlan Abang Ariffin yang mewakili Siti Nordiana memberitahu, peguam kedua-dua defendan, Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulfah Hassan memohon penangguhan atas alasan salah seorang kakitangan di firma guaman itu positif Covid 19.

“Peguam D4 dan D5 memohon penangguhan selepas dinasihatkan oleh doktor supaya kedua-duanya menjalani kuarantin kendiri,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! melalui WhatsApp selepas sesi pengurusan kes hari ini.

Siti Nordiana atau mesra disapa sebagai Nana, 37, sepatutnya menyambung keterangannya pada hari kedua perbicaraan yang kini di peringkat pemeriksaan balas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI