fbpx

37 kematian dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 37 kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian di Malaysia mencecah 30,147 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kes kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Terdapat sembilan kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) dengan jumlah kes BID terkini sebanyak 6,096 kes,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Kesemua kematian dilaporkan Terengganu (7), Negeri Sembilan (5), Sabah (5), Kelantan (4), Selangor (4), Johor (3), Perak (3), Kedah (2), Pahang (2), Sarawak (1) dan Kuala Lumpur (1) serta tiada kematian di Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

Terdapat 69,261 kes aktif melibatkan 55,705 kes dikuarantin di rumah, 7,584 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 5,466 kes di hospital, 236 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 270 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Sebanyak 5,755 kes harian semalam disumbangkan oleh Selangor (1,511 kes), Sabah (622 kes), Kelantan (590 kes), Johor (486 kes), Kuala Lumpur (400 kes), Pahang (376 kes), Kedah (358 kes), Terengganu (231 kes), Pulau Pinang (270 kes), Perak (219 kes), Negeri Sembilan (202 kes), Sarawak (192 kes), Melaka (191 kes), Perlis (43 kes), Putrajaya (37 kes) dan Labuan (27 kes). -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI