fbpx

RUU Perbekalan 2022 MOF lulus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul.

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2022 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Kewangan yang dibentangkan menterinnya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon meluluskan RUU Perbekalan 2022 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan setelah memperoleh suara majoriti oleh Ahli Dewan Rakyat sebentar tadi.

Kelulusan itu membabitkan peruntukan berjumlah RM15,946,434,600 bagi Perbelanjaan Mengurus dan Perbelanjaan Pembangunan Bajet 2022. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI