fbpx

Maya tolak empat lelaki, pilih kerjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYA kini sibuk dengan projek terbaharu, Puteri Santubong.

PETALING JAYA – Selepas lebih 10 tahun kembali hidup solo, aktres popular Maya Karin mengakui sedang didekati beberapa lelaki, namun belum bersedia untuk membawa hubu­ngan ke peringkat yang lebih serius.

Lebih menarik, aktres yang terkenal de­ngan watak puntianak itu berkata, buat masa ini terdapat tiga hingga empat lelaki termasuk seorang warga Australia sedang cuba memenangi hatinya.

“Buat masa ini ada tiga hingga empat lelaki cuba mendekati saya. Ada orang Malaysia dan ada lelaki Australia yang selalu meng­hubungi saya. Kami banyak berbual menerusi panggilan video.

“Malam tadi (kelmarin), dia (lelaki Australia) ada FaceTime, cuma sekarang saya sibuk de­ngan projek baharu yang memerlukan tumpuan penuh,” katanya pada sesi langsung menerusi Instagram Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia kelmarin.

Tidak mahu terlalu menyibukkan diri dengan soal cinta, Maya yang buat pertama kali mendedahkan situasi dirinya sebagai penghidap anxiety mahu fokus terhadap karier seni.

“Ada empat ‘calon’ tunggu tetapi (karier) projek baharu yang perlu saya pertimbangkan untuk memberi persetujuan dalam tempoh terdekat.

“Pementasan Puteri Santubong yang akan dipentaskan pada pertengahan bulan hadapan merupakan tugasan yang saya sedang fokus ketika ini sampai tidur pun hanya empat jam,” katanya.

Jelas Maya, dia kini berada di Kuching, Sarawak selama sebulan sebagai persediaan akhir sehingga pementasan bermula pertengahan Disember ini.

“Saya juga bimbang jika terlalu banyak komitmen sehingga membebankan, penyakit anxie­ty akan menyerang kembali,” katanya.

Anak seni berdarah kacukan Melayu-Jerman itu pernah mendirikan rumah tangga de­ngan Muhammad Ali Abdullah pada 2008, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama dua tahun.

Beberapa tahun lalu, pelakon berusia 42 tahun itu pernah membuat pendedahan menjalin hubungan cinta dengan ahli perniagaan dari Sepanyol.

Bagaimanapun hubungan jarak jauh pada 2016 itu hanya bertahan selama dua tahun dan berakhir atas pilihan Maya kerana terlalu sayangkan karier seni. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI